“If you have good friends, no matter how much life is sucking , they can make you laugh.” "Jika Anda memiliki teman baik, tidak peduli berapa banyak kehidupan yang payah, mereka dapat membuat Anda tertawa."

Ahad, 17 November 2013

Sahabat ... hmm...

Asalamualaikum,

Time baca buka lagu REPUBLIK - SANDIWARA CINTA .. syok 2 haha.. ok .. selamat membaca ... Wahai Sahabat ...

dengan apa yang aku dah lalui
dengan seseorang tu, indah atau sebaliknya,
aku sayang sangat nak biarkan macam tu je.
Fikir balik apa yang kalian dah janji bersama,
ingat balik pahit getir bila kalian bersama.
Jangan jadi seorang yang cakap tak serupa
bikin. Mesti kau sayang nak putuskan
persahabatan tu. Dan bila benda benda ni
terjadi, dahulunya kau pernah tertanya tanya.
Pernah mengagakkan perkara perkara macam
tu jadi. Biasa lah. Takkan tak ada 2 orang yang
bergelar sahabat tak bergaduh.
Indah kan hidup ni kalau sama2  ikhlas dalam
persahabatan?
Tiada hasad dengki.
Cemburu itu langsung takda.
Bila berjaya
seorang kawan patutnya rasa bangga. Dah
anggap macam keluarga.
Aku risau.
Selalu aku fikir,
Mereka yang aku miliki hari ini,
Mungkin kah mereka bakal pergi?
Dengan panggilan Ilahi. Aku cuma takut,
Hadir mereka cuma sementara.
Untuk ajar aku bagaimana,
Kuat di dunia hadapi ujianNya.
Aku kata ini,
Kerana pernah aku alami.
Tak sanggup aku harungi lagi.
Aku juga percaya,
Ada kebahagiaan yang kekal abadi atas muka bumi ini.
Itu buat aku kuat.
Mengatakan mereka yang sayang aku,

Mereka yang aku sayang,
Semuanya yang ada hari ni dalam hidup aku,
Aku menadah tangan agar mereka sentiasa ada,
Tak pernah berubah.
Setiap detik waktu,
Macam macam boleh berlaku.
Itu satu.

Lagi,
Paling teruk bila berlaku yang tak diingini.
Aku minta dijauhkan semua itu.
Aku dah sayang sangat dengan apa yang aku ada sekarang.
Keluarga aku, kawan kawan baik aku,
mereka yang aku anggap macam keluarga sendiri,
Mereka ni lah yang tiada pilih berganti.

Aku rela jadi yang pergi dulu,
Kerana aku tak sanggup terpaku,
Melihat semuanya memori dahulu.

Dalam persahabatan, selalu ada yang
datang dan pergi, selalu ada suka dan
duka, selalu ada canda tawa dan
kesedihan. That's Friendship :) SAHABAT... Maafkan aku andai melukakan hatimu.. Maafkan aku jika tak mampu membuatmu tersenyum .. Aku tahu,kau memendam rasa, Menyimpan perasaan, bergembira dihadapan aku.. Tapi,hatimu wahai sahabat? Aku jua yang dihiris, Bila, Kau terguris ... :)

For my friends ... hmmm. ;) Yang aku tak letak gambar dia tu sorry ... :) aku sayang semua sahabat sahabat aku ... TERIMA KASIH ;)